ahlan_wasahlan


Saturday 30 April 2011

susu_kambing HiGoat


1. Mudah hadam
Susu kambing mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yang halus serta sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastrik. 

2. Alahan laktosa
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit birit dan alahan kepada susu lembu dan susu tepung. 

3. Bersifat alkali
Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi. 

4. Mengandungi asid lemak yang baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid kaprik dan kaprilik) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia. 

5. Tidak membentuk lendir
Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia. 

6. Kaya dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak. 

7. Kaya bahan Bioorganic Sodium
Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi). 

8. Keajaiban kebaikan kesihatan
Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit lelah, eczema, colic, insomnia dan demam kuning. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga mengandungi factor anti barah 

tuala_wanita ANION

1. Kering, resap udara dan selesa
Love Moon mengandungi tiga bahagian – lapisan permukaan, lapisan tengah dan lapisan bawah. Lapisan permukaan dihasilkan daripada sutera dan kapas agar kulit sentiasa kering dan selesa. Lapisan tengah dilengkapi bahan peresap berkualiti tinggi agar dapat menukarkan cecair kepada bentuk jeli bagi mengelak rasa melekit. Sementara lapisan bawah dicipta tembus udara bertujuan mengalirkan molikul air keluar bagi mengurangkan kebasahan dan bahang antara tuala dengan kulit.

2. Anti bakteria serta menyerap bau
Penghasilan setiap tuala dilengkapi pita anionic yang dapat meringan kepadatan anion (bacaannya an-a-yan) bagi membantu meningkatkan fungsi tubuh badan, menguatkan imuniti, mengelak jangkitan kuman dan mengnyah bau tak menyenangkan. Yang penting ia tiada sebarang kesan sampingan!

3. Menggunakan bahan resapan terbaik sesuai dengan keperluan fizikal
Love Moon mengandungi lapisan-lapisan bahan resapan. Bahan ini dihasilkan daripada bahan pilihan terbaik bagi mengelak kebocoran yang diproses melalui kaedah teknologi paling unggul. Ini menyebabkan cecair yang mengalir akan terus diresap tanpa meninggalkan sebarang kesan tak menyenangkan. Keadaan ini pastinya membuatkan pergerakan pengguna selesa sepanjang hari.

4. Seimbang dengan piawaian kesihatan bagi mengelak sebarang jangkitan.
Sentiasa kering, tembus udara dan kebersihan merupakan tiga elemen yang sangat diperlukan dalam pengeluaran tuala wanita. Pengeluaran barangan tersebut mestilah terikat seratus peratus dengan GB15979-2002 standard kesihatan dunia.
Perkara yang cukup dititikberatkan adalah:
a. Pengawalan ketat berkaitan kesihatan bahan mentah yang digunakan untuk tuala wanita.
b. Dihasilkan melalui kilang yang memiliki Tahap Kepercayaan Antarabangsa menggunakan mesin otomatik, begitu juga ketika proses pembungkusan.
c. Menggunakan kaedah mudah dibuka walaupun kedap udara bagi memastikan produk bebas jangkitan bakteria ataupun kulat.

5. Dipaten dengan kad ujian guna sendiri bagi menguji tahap kesihatan.

kesihatan_wanita

Bagaimana memilih tuala wanita yang betul?
Semasa haid kulit wanita pada bahagian faraj cukup sensitif. Kajian telah membuktikan bahawa 73 peratus wanita mengalami kegatalan pada bahagian sulitnya. Keadaan ini terjadi kerana sering menggunakan tuala wanita yang tak serap udara - biasanya ia diperbuat dengan tiga lapisan – lapisan permukaan, lapisan serapan dan lapisan bawah. Ingatlah pemilihan tuala yang betul sangat perlu.

Lapisan pertama tuala wanita bermutu tinggi sepatutnya mengandungi kapas dengan bahan serapan bagi mengelak kulit basah.

Lapisan tengah mestilah memiliki bahan serap yang kuat agar cecair tidak mengalir keluar bagi mengelak rasa melekit. Ketiga, lapisan bawah mestilah serap udara. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian yang lembab menjadi kering menyebabkan kulit tidak terjejas dan keadaan menjadi selesa.


Menukar tuala wanita mengelakkan masalah
Berdasarkan keadaan fizikal istimewa seseorang wanita, tuala yang diguna menjadi rakan yang menyenangkan. Ingatlah jangan menggunakannya terlalu lama, elok ditukar dua jam sekali. Permukaan lapisan pertama mungkin tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh lama dan menurut kajian bilangan bakteria bertambah 107 kali pada setiap padu sentimeter.

Antara penyakit yang sering menyerang wanita tatakala haid ialah demam, rasa gatal pada alat sulit, celah kangkang, paha, menjejaskan pundi kencing dan boleh berlakunya jangkitan pada saluran kencing. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang pelbagai penyakit serius yang lain.

Ingat tentang haid, ingat Love Moon!

Bagaimana memilih tuala wanita yang baik?
Tubuh manusia adalah kompleks. Pusingan haid yang dialami menandakan kematangan seseorang wanita yang membawa kebaikan dan mungkin juga ada keburukan. Pusingan haid biasanya berlaku hampir separuh usia seseorang wanita – sekurang-kurangnya 2,000 hingga 3,000 hari. Mengikut teori perubatan Cina, tubuh badan seseorang wanita begitu lemah semasa haid dan jika tiada perlindungan dilakukan, ia boleh menjejaskan kesihatan. Kerana itulah, adalah mustahak membetulkan pelbagai kesalahfahaman semasa didatangi haid.

Kesilapan yang biasa dilakukan semasa didatangi haid

  1. Tidak membasuh tangan dengan betul semasa memakai tuala wanita. Semasa menukar, nya kemungkinan kuman pada tangan akan meresap.
  2. Menyimpan tuala wanita dalam bilik air. Di negara kita kebanyakan bilik mandi gelap dan basah. Keadaan itu boleh membiakkan kuman pada tuala yang belum digunakan.
  3. Tidak memberi perhatian pada tarikh luput. Sebenarnya keperluan dari segi kebersihan tuala wanita tidak harus diabaikan dan perlu diketahui semakin hampir tarikh luput semakin berkurangan mutunya.
  4. Membelinya pada peringkat promosi. Biasanya jualan begitu membabitkan barangan bermutu rendah ataupun barangan lama yang mungkin telah menurun tahap kualitinya.
  5. Menggunakan produk di peringkat percubaan. Sememangnya dari masa ke semasa ada saja produk baru dikeluarkan menggunakan pelbagai konsep yang cukup menarik perhatian. Bahan yang digunakna tidak berkualiti dan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada pengguna.
  6. Menggunakan tuala wanita mengandungi bahan perubatan dan pelbagai perisa. Kebanyakan doktor menasihatkan agar tidak menggunakan tuala yang berperisa kerana ia boleh menjejaskan kulit.
  7. Menggunakannya dalam tempoh lama. Untuk wanita Asia, bilangan tuala yang digunakan lebih sedikit berbanding individu wanita Eropah dan Amerika. Menjimatkan wang dalam hal ini bukanlah suatu tindakan bijak. Sebaiknya gunakan tuala wanita hanya dalam tempoh dua jam. Selepas itu ditukar pada yang baru.
  8. Tuala yang mempunyai ketebalan luar biasa dengan harapan ia tak perl;u ditukar selalu merupakan tindakan silap. Keadaan ini bahaya kerana ia boleh membiakkan kuman.

Tidak begitu endahkan haid
Kebanyakan wanita merasa tertekan tatkala didatangi haid. Keadaan ini tak sepatutnya berlaku. Setiap wanita harus menganggap ia perkara biasa dan terima ia sebagai satu rahmat Tuhan.

Pengawalan secara total tatkala didatangi haid
Apabila seseorang mengalami haid yang pertama dalam hidupnya, dia tentu menerima pelbagai nasihat daripada ibu, atau mereka yang lebih tua. Antaranya dilarang melakukan senaman berat.
Seseorang wanita yang sihat tatkala didatangi haid, ovarinya mengalami perubahan. Pada ketika yang sama, hormon seks menurun. Biasanya pusingan haid cuma antara 28 hingga 30 hari dengan kehilangan darah cuma 50ml. Setiap haid memakan masa 3 atau 7 hari.


Sumber: www.winalate.com.my