ahlan_wasahlan


Friday 27 May 2011

aku dan dunia penyusuan susu ibu

kali pertama menulis pasal diri sendiri..semoga terus memberi semangat & motivasi untuk aku 'fully bf' Muhammad Hadif bin Nazri sampai usia 2 tahun insya Allah;-D.. pengalaman aku dengan dunia penyusuan susu ibu sangat baru lebih kurang umur Hadif..pernah dalam pantang aku pening memikirkan bagaimana aku nak teruskan supaya Hadif tetap minum susu ibu walaupun aku kembali bekerja kerana 2 minggu sebelum tempoh habis pantang..stok susu ZERO:-(.. sebelum bersalin aku ada beli pam (mini medela)..tapi sayang tak boleh guna..rupanya aku kena tipu (beli online), melayang RM490..semasa dalam pantang suami aku beli pam manual jenama pureen, cuba lagi..tapi susu tak keluar gak..masa tu rasa tertekan sangat.. mujur kawan baik aku Nurul Eazeani (Ea) add dalam ‘KIM group’..berbekalkan info yang aku cari dalam internet dan perkongsian pengetahuan & pengalaman kawan2 dalam KIM & terutamanya Ea yang tak jemu2 beri perangsang dan berkongsi pengalaman dia..TQVM;-D..akhirnya aku dapat kumpul stok pertama untuk 3 hari bekerja hanya menggunakan teknik MARMET..hampir 2 bulan aku guna teknik ni..masa tu dalam sehari aku hanya dapat 10–14oz sahaja, tak ‘balik modal’ langsung sebab Hadif minum sehari 18-20oz..tambahan pula kerja aku jenis rehat tak tentu jadi menyusahkan untuk aku MARMET lama-lama. Nampaknya aku kena beli juga pam elektrik baru..sebabnya aku nak menjimatkan masa dan berharap hasil akan bertambah. Macam2 jenis pam aku ‘survey’ termasuk tanya pendapat Ea (dia guna medela swing & harmony)..tapi fikir bajet, sakit juga aku..dahla terbuang RM490 nak + pam lain lak..dalam men’survey’ pam + harga bajet tu aku terbaca iklan dalam KIM medela swing RM600..murah dari harga online shop yang lain..aku pun jenguk anakibushop.blogspot.com ..dalam pada tu aku sms kak Ruziah Amin (kak G)..ownernya takut pisang berbuah 2 kali (RM600 bukan sikit)..tup2 kak G call..siap offer aku beli medela freestyle (fs)..fikir harga fs aku cakap tak mampu..kak G cadangkan aku join KUTU fs RM150 sebulan dengan bayaran muka RM600..emm bagus gak, nak bayar ‘cash’ tak cukup modal..syukran jazilan kak G & syukur kepada Allah kerana sentiasa mempermudahkan jalan untuk aku terus ‘fully bf’:-).. Alhamdulillah, selepas guna fs aku boleh jimat masa sebab sambil mengepam aku dapat buat kerja lain & semestinya stok semakin bartambah (sehari 24-27oz..kadang2 32oz)..dalam sibuk menambah stok, ada masalah lagi..PETI AIS..sebab aku guna 1 pintu..stok hanya boleh bertahan 2 minggu..camne ni?????? Setelah berbincang dengan suami tersayang (mekasih abg)..kami beli baru..2 pintu..Alhamdulillah rezeki untuk Muhammad Hadif semakin bertambah..lepas ni aku tak risau dah kalau kena pergi kursus lagi dan terpaksa tinggalkan Hadif dengan ayahnya:-D

Saturday 21 May 2011

Carta Pemakanan Bayi

Ketahuilah bahawa bkn semua bayi dpt menerima perubahan dlm makanan mereka dgn mudah.Oleh itu,lakukannya secara perlahan-lahan...

Bayi 5-6 bulan
Tekstur makanan puri (halus)
Minuman susuibu
Senarai Makanan : beras,pisang,ubi kentang,keledek,lobak merah
Perlu dielakkan : garam,gulatelur,kekacang

Bayi 6-8 bulan
Tekstur makanan puri yg sedikit kasar 
Minuman susuibu,air masak,jus buahan yg dicairkan 
Senarai Makanan : Buah-buahan,sayuran,telur
Perlu dielakkan : susu lembu segar,telur putih,ikan dlm tin

Bayi 8-9 bulan
Tekstur makanan lenyek atau kisar
Minuman susuibu atau susu formula,air masak
Senarai Makanan : Buah-buahan,sayur-sayuran,telur
Perlu dielakkan : susu lembu segar,telur putih,ikan dlm tin

Bayi 9-12 bulan
Tekstur makanan cincang
Minuman susuibu atau susu formula,air masak,jus buahan yg dicairkan
Senarai Makanan : Buah-buahan,sayuran,ikan,daging,produk tenusu,telur
Perlu dielakkan : telur putih,cili,garam,gula

Bayi 12-18 bulan
Tekstur makanan cincang
Minuman susuibu atau susu formula,air masak,jus buah-buahan yg dicairkan
Senarai Makanan : sama seperti keperluan seluruh ahli keluarga
Telur mentah,cili dan kerang-kerangan

Friday 20 May 2011

Adakah Bayi Menyusu & Membesar Dengan Baik? Cara Mudah untuk Mengikuti Tumbesaran Bayi

Anda mungkin ingin tahu sama ada bayi anda mendapat susu yang mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan yang optimum. Perasaan sebegini memanglah lumrah terutamanya jika anda tidak boleh menyukat berapa banyak susu yang diminum oleh bayi pada setiap kali penyusuan.
  
1 orak penyusuan
• Bayi sepatutnya berasa puas selama 1 hingga 2 jam di antara waktu menyusu.

2 Lampin basah
• Dalam sehari terdapat 6 hingga 8 lampin bayi yang benar-benar basah dengan air kencing berwarna kuning pucat.
• Bayi sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari, sekali selepas menyusu pada beberapa minggu pertama. Dalam 4 minggu pertama, bay sepatutnya membuang air besar 2 hingga 5 kali dengan najis yang lembut berwarna kekuningan.

3 Corak tidur
• Bayi tidur lena dan nampak sihat dan cerdas sewaktu berjaga.

4 Tumbesaran
• Setiap bayi membesar mengikut kadarnya sendiri. Sebagai panduan, berat badan bayi akan meningkat sekali ganda daripada berat lahir apabila berusia 5 bulan. Menjelang 12 bulan, berat badannya harus meningkat tiga kali ganda daripada berat lahir dan panjangnya 11/2 kali ganda daripada panjang lahir.

5 Diari penyusuan bayi
• Meskipun bayi tidak memerlukan jadual penyusuan, Diari Penyusuan Bayi mungkin dapat membantu jika anda mementingkan bagaimana bayi menyusu. Catatkan masa setiap kali bayi menyusu, berapa lama dia menyusu pada setiap payudara dan tandakan pada ruang ketiga setiap kali anda menukar lampinnya yang basah atau kotor. Mulakan dengan jadual yang baru pada setiap hari.

sumber : nutrition society of Malaysia 

Ketahui Bila Anda Boleh dan Tidak Boleh Menyusukan Bayi

1 TERUSKAN penyusuan susu ibu walaupun anda:
• mengalami demam selsema, selsema atau jangkitan bakteria. Apabila anda tidak sihat, tubuh anda menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi menerusi susu. Jika anda berhenti menyusukannya, anda sebenarnya mengurangkan perlindungan bayi!
• sedang mengambil ubat-ubatan, suplemen pemakanan atau sediaan herba. Akan tetapi, semaklah dengan doktor terlebih dahulu.

Ubat-ubatan yang selamat untuk diambil dalam tempoh penyusuan
• Analgesik (seperti parasetamol, ibuprofen, aspirin dan sebagainya)
• Kebanyakan antibiotik
• Antihistamin
• Antasid
• Ubat-ubatan asma
• Ubat-ubatan berasaskan steroid (seperti krim kulit)
• Suplemen pemakanan

2 BERHENTI menyusukan bayi buat sementara waktu jika anda:
• mengalami abses payudara atau penyakit yang serius.
• menjalani pembedahan yang besar atau mengalami jangkitan yang serius.
• mengalami tuberkulosis – tunggu sehingga doktor mengesahkan anda tidak lagi berjangkit.
• mempunyai lesi herpes yang aktif pada payudara.

3 JANGAN menyusukan bayi jika anda:
• mempunyai hepatitis C.
• positif HIV.
• sedang mengambil ubat anti-barah.
• sedang mengambil ubat-ubatan radioaktif (seperti iodin)

sumber : nutrition society of Malaysia 

Salah Faham Tentang Penyusuan Susu Ibu

“Saya tidak mahu payudara yang kendur!”
Yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan.”
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. Tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos!

“Kenapa perlu susukan bayi sedangkan saya akan kembali bekerja?” 
Ia mudah, memuaskan hati dan berbeza daripada apa yang anda fikirkan. Ia praktikal!

“Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?”
Penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu dipelajari. Dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.

“Menyusukan bayi? Jangan haraplah. Tidakkah ia menyakitkan?”
Hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. Akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul.

“Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!”
Wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara.

sumber : nutrition society of Malaysia 

Membuat Keputusan - Apa yang Perlu Anda Tahu & Lakukan

Apabila anda sudah membuat keputusan untuk menyusukan bayi, dapatkanlah semua maklumat tentang penyusuan susu ibu. Ini akan membantu meleraikan salah tanggapan anda terhadap penyusuan susu ibu, menyarankan laman-laman web dan buku-buku yang boleh dibaca dan memberi panduan kepada anda di dalam membuat pengurusan yang perlu dengan suami, ahli keluarga dan kumpulan penjagaan kesihatan.

Lapangkan minda
Penyusuan susu ibu melibatkan psikologi dan juga fizikal. Berikut adalah beberapa tip persediaan untuk menjayakan penyusuan susu ibu:
• Amalkan sikap yang positif dan yakin bahawa anda boleh dan akan berjaya.
• Rancang berapa lama anda mahu menyusukan bayi.
• Bercakap dengan suami dan jika boleh, hadiri ceramah penyusuan susu ibu atau kelas antenatal di mana penyusuan diajar bersama-sama.
• Libatkan diri anda dengan orang-orang yang menyokong penyusuan susu ibu. Jangan tawar hati dengan komen-komen negatif daripada mereka yang kurang memahami atau mempunyai tanggapan yang salah berkenaan penyusuan susu ibu.


sumber : nutrition society of Malaysia 

Makanan Sempurna Bayi - Pemakanan Lengkap & Perlindungan Unggul

Susu ibu mengandungi semua nutrien dalam jumlah yang tepat untuk memenuhi keperluan bayi. Anda tidak perlu memberinya makanan lain termasuklah air kosong. Perhatikan bayi anda membesar untuk tempoh enam bulan pertama kehidupannya.

Berubah mengikut keperluan bayi yang membesar
Komposisi nutrien susu ibu bertukar-tukar untuk memenuhi keperluan bayi yang membesar.
Cecair kuning: Kolostrum
Dalam beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan, payudara anda akan menghasilkan kolostrum, sejenis cecair pekat yang berwarna kuning. Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi. Jumlah kolostrum yang dihasilkan mungkin sedikit tetapi ia sangat kaya dengan nutrien dan faktor imun yang akan melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.

Susu matang
Susu matang akan dihasilkan tiga atau empat hari selepas bersalin. Jumlahnya banyak dan kelihatan agak cair.

Waktu penyusuan
Komposisi susu ibu turut berubah sewaktu bayi menyusu. Kandungan lemak meningkat pada penghujung sesuatu masa penyusuan. Susu akhir ini membuat bayi rasa kenyang dan berhenti menghisap. Ini adalah cara bayi belajar mengawal seleranya.


Menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien dengan lebih baik
Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan:
• Enzim penghadam lemak membantu penghadaman dan penyerapan lemak
• Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap kebanyakan zat besi di dalam susu ibu
• Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain


Melindungi bayi daripada penyakit
Kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif selama 6 bulan kurang dijangkiti penyakit dalam tempoh 12 bulan pertama usianya. Susu ibu mengandungi nutrien dan bahan-bahan yang melindungi bayi daripada penyakit berjangkit khususnya cirit-birit, selesema, bronkoliotis dan jangkitan telinga tengah. 

Makanan untuk perkembangan otak
Susu ibu mengandungi asid lemak perlu seperti asid alfalinolenik (ALA) dan asid linoleik (LA). Kedua-dua asid ini diperlukan untuk menghasilkan asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid arakidonik (AA) yang penting untuk pembesaran dan pertumbuhan janin dan bayi, terutamanya untuk pertumbuhan otak dan perangsangan visual yang berkualiti. Perkembangan otak yang sempurna dalam tahun pertama usia bayi akan menyediakan asas kepada keupayaan pembelajarannya pada masa depan.


Mengurangkan kemungkinan mengalami alergi
Kebanyakan simptom alergik yang dikaitkan dengan pengambilan susu formula lazimnya berpunca daripada tindakbalas bertentangan imun bayi terhadap protein susu lembu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami simptom-simptom alergik seperti kolik, muntah, cirit-birit atau najis berdarah, malresapan, ekzema, rinitis alergik dan asma bronkiol.


Pengikat kasih
Bayi perlu mendengar degupan jantung anda, merasai kehangatan tubuh anda dan berada rapat dengan anda. Kesemua ini adalah sama pentingnya dengan keperluannya terhadap makanan. Tiada aktiviti lain yang dapat memenuhi semua keperluan ini selengkap dan sehebat penyusuan susu ibu.

sumber : nutrition society of Malaysia 

Bahan yang Melawan Penyakit dalam Susu Ibu

 
Faktor bifidus
Menggalakkan pembiakan bacteria baik di dalam usus bayi dan oleh itu, menghalang pembiakan bakteria berbahaya
Laktoferin
Mengikat zat besi di dalam susuibu supaya ia tidak boleh diambil oleh bakteria berbahaya
Protein pengikat B12
Menyebabkan bakteria tidak dapatmemperoleh vitamin B12
Lactoperoxidase
Membunuh bakteria berbahaya
Faktor anti-Stafilokokus
Menghalang pembiakan bacteria Stafilokokus
Sel-sel fagosit
Menelan bakteria
Sel-sel limfosit dan makrofaj
Merembeskan antibodi yang memberi imuniti kepada penyakit penyakit tertentu
Lisozim
Membantu menghalang jangkitan
Interferon
Mencegah pembiakan bacteria
Faktor pembiakan epidermal

Membantu memastikan lapisan usus bayi dalam keadaan baik dengan menjadi penghalang untuk menghentikan bahan-bahan berbahaya daripada memasuki aliran darah


Sumber: Alexander, L. and Yeong, B.Y. (1990), Feed Your Child Right:
The First Nutrition Guide for Asian Parents. Times Books International, Singapore

Wednesday 4 May 2011

Selamatkah Air Kosong Pada Bayi

Tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh Kosmo! pada 26 Mei 2008 yang lepas mengenai pemberian air kosong pada bayi bawah 6 bulan. Berikut adalah petikan tersebut :-


----------------------------------------------

KESIHATAN

Keracunan air

Ibu bapa tidak digalakkan memberi bayi berumur enam bulan ke bawah minum banyak air.

MINUM air yang terlalu banyak boleh menyebabkan kehilangan elektrolit yang diperlukan tubuh.

PAKAR perubatan di Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore, Amerika Syarikat, mengingatkan ibu bapa bahawa memberi bayi mereka yang berumur enam bulan ke bawah minum terlalu banyak air boleh membawa kemudaratan yang meragut nyawa.

"Walaupun mereka masih kecil, mereka juga mempunyai refleks untuk berasa dahaga. Dan apabila mereka dahaga, mereka sepatutnya diberi minum susu badan atau susu formula, bukannya air kosong," kata pakar kecemasan pediatrik di pusat itu, Dr. Jennifer Anders.

Ini kerana buah pinggang bayi masih belum matang. Memberi mereka minum terlalu banyak air akan menyebabkan tubuh mereka membebaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan.

Kehilangan sodium boleh memberi kesan kepada aktiviti otak. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain. Simptom lain termasuklah suhu badan yang rendah, muka sembap dan membengkak serta sawan.

Menurut Anders, simptom yang ditunjukkan kurang jelas, jadi sawan mungkin merupakan simptom pertama yang dapat dikenal pasti oleh ibu bapa.

ELAKKAN daripada memberi susu yang terlalu cair kepada bayi.

Tetapi jika bayi mendapat perhatian perubatan awal, sawan berkenaan mungkin tidak akan meninggalkan kesan yang berpanjangan.

Air tidak sepatutnya diberi sebagai minuman kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah. Ibu bapa juga seharusnya mengelak daripada memberikan susu formula yang terlalu cair atau minuman pediatrik yang mengandungi elektrolit.

Konsultan laktasi Toronto, Kanada, Anne Kirkham, menjelaskan, "Memberi bayi anda air boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku menyebabkan kehilangan perkara-perkara yang baik."

Contohnya, pengambilan air pada hari pertama selepas kelahiran didapati meningkatkan demam kuning.

"Tidak ramai bayi yang menyusu badan berdepan dengan masalah demam kuning. Tetapi bayi yang diberikan air sebaliknya mengalami simptom demam kuning lebih teruk. Mereka juga lebih mengantuk dan cepat penat," kata Kirkham.

Memberi air pada minggu-minggu awal juga akan memberi kesan kepada menyusu badan. Bayi yang kenyang dengan air akan minum kurang susu semasa menyusu badan dan akibatnya payu dara ibu akan mengeluarkan susu yang kurang.

Dengan itu, bayi akan mendapat susu yang kurang dan pertumbuhan tubuh yang tidak positif.

Sebuah kajian di Australia mendapati bayi baru lahir yang diberikan air yang mengandungi gula selepas setiap kali disusui kehilangan lebih banyak berat badan berbanding bayi yang minum susu ibu semata-mata.

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU KE ATAS IBU

- kurang risiko untuk kanser payudara ibu yang menyusu badan.
- Kurang risiko untuk kanser ovari.
- Lebih ‘slim’ untuk 6 bulan pertama penyusuan susu ibu.
- Satu cara efektif untuk perancangan keluarga untuk 6 bulan pertama.
- Mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin.
- Mungkin mengurangkan risiko osteoporosis.
- Produktiviti yang meningkat – anak kurang sakit.

Komposisi susu ibu

• Mengandungi semua zat di dalam kandungan yang tepat untuk bayi mengikut peringkat umur
• komposisi berubah-ubah mengikut umur bayi.
• Juga berubah sewaktu bayi menyusu – mengawal selera.

Susu ibu berubah sepanjang tempoh penyusuan..

Kolostrum
•Susu awal selepas kelahiran.
•Pekat dan kekuningan.
•Sangat berkhasiat – antibodi, sel melawan penyakit, mineral dll
•Immunisasi pertama bayi.
•SIgA - melawan bakteria di usus.
•Kandungan berbeza untuk bay pramatang

Susu transisi (peralihan)
•Selepas 3-4 hari kelahiran
•Khasiat – pertengahan di antara kolostrum dan susu matang

Susu matang (mature milk)
• Selepas hari ke 10 kelahiran sehingga tamat penyusuan.
• tenaga mengandungi :
(750 kcal / liter)
lemak (38 g / liter) – triacyl-glycerol, asid
lemak, kolesterol.
Protin – 3 jenis
whey – senang dihadam dan paling banyak dalam susu ibu terutama di dalam kolostrum.
casein – kandungan kurang dalam susu ibu jika dibandingkan dengan susu lembu.
Nitrogen bukan protein – sintesis protin
Lactose (70 g / liter) karbohidrat –
semakin bertambah selama mana menyusu.
bahan-bahan ini (kecuali lactose) berubahubah mengikut waktu(malam vs siang), wanita
dan masa penyusuan (awal dan akhir penyusuan).
Mineral
Sodium, magnesium, pottasium, calcium.
zat besi.
zink.

Sunday 1 May 2011

Anak Bijak – Apa Rangsangan Terbaik?

Antara perkara² yang kita boleh buat with no cost dengan anak²:
  • Menyusukan mereka dengan susu badan (breastfeeding)
Kita bukan saja memberikan mereka makanan yang terbaik, tapi juga moment semasa kita menyusukan dia tu sangat bermakna. Bila kita susukan dia, dia berada rapat dengan kita. Kita boleh belai dia, bercakap dengan dia, merasa getaran jantungnya.

  • Selalu bercakap dengan mereka
Walaupun tak faham, tapi kanak2 belajar ritma dan menambahkan vocab untuk mereka bercakap sendiri pula nanti. Lagi pulak, getaran suara ibunya ni memang satu benda macam penawar lah buat mereka.
  • Buat muka
Kembungkan pipi ke, jelirkan lidah ke & buat berulang². Dia akan belajar tentang pattern dan sequence. Mungkin nanti dia akan tiru pula kan?
  • ‘Berbincang’ dengan mereka
Kalau orang yang tak biasa, bila tengok agaknya rasa pelik. Berbincang dengan baby macamlah mereka faham. Bila kita exposekan mereka dengan pelbagai isu, ia akan menjadi rutin sampai mereka besar. Bukan saja boleh menambah vocab malah juga pengetahuan mereka.
  • Menyanyi kepada mereka
Apa² je lagu especially nasyid2 berbentuk zikir. Di samping merangsang anak, menghiburkan dia, maknye pun dapat pahala
  • Main ciku cak aaaa (peek a boo) atau sorok² barang
Kanak2 belajar tentang benda yang hilang kembali muncul semula.
  • Ajak mereka bantu kita buat kerja rumah
Benda simple2 je. Tak payah harapkan mereka tolong pun, just join je.
  • Membaca bersama-sama
Memang tokleh dinafikan kepentingan dan kebaikan membaca kan. Lambakkan buku atas tempat yang mudah kanak2 capai & baca bersama2.
  • Bergurau senda dan main bersama
Sesimple main geletek dan menjadi ‘toy’.

  • Rakam video dan tonton sama2
Pakai kamera phone je. Rakam apa2 moment kemudian tengok sama² dan bercerita tentang apa yang kamu tonton.
  • Bercerita
Bila ‘malas’ bukak buku, mula lah sesi mari bercerita. Yang bestnya bila bercerita ni, kita boleh pusing² sikit, dan tanya soalan² yang macam2.
  • Ajar kemahiran hidup dan kendiri
Sesiapa yang belajar tentang Montessori education, ia ada menekankan tentang practikal living skill. Budak2 diajar untuk berdikari dari kecil dan digalakkan menggunakan benda yang betul dengan cara yang betul. Contohnya penggunaan gelas kaca agar anak lebih berhati² dan tak menjatuhkan gelas tu sesuka hati. Dan penyapu adalah untuk sapu lantai, bukan buat gitar.
  • Keluar
Bukan je keluar ke taman, keluar ke mana² pun boleh belajar, especially kalau ke supermarket. Pilih barang sama² terutama barang dapur.
  • Solat dan mengaji bersama
Solat bersama ni boleh dipraktik sejak mereka kecil lagi. Bila dah besar sikit, ada budak² suka duduk di tepi, ada yang ‘ikut solat’ sekali dan ada juga yang suka berlari² dan bermain² masa maknye solat. Walau apa pun jenis anak kita, tak ada salahnya. Mereka masih budak, malah Rasulullah sendiri membiarkan saja budak² main panjat mimbar masa khutbah Jumaat. Bukanlah satu perkara yang memalukan (tapi dalam masyarakat kita agak memalukan, nanti orang kata tak pandai didik anak dengan agama) kalau anak kita tak duduk diam² semasa kita bersolat. Hassan dan Hussain malah ‘bermain’ semasa Rasulullah mengimamkan solat sehinggakan baginda kena lamakan sujud sebab cucu² tersayang tengah panjat belakangnya.
Mengaji juga sama. Tak apa kalau mereka tak boleh duduk diam, yang penting kita mengaji bersama mereka secara kosisten.

Kanak-kanak adalah makhluk Tuhan yang suci dan amat dimuliakan. Malah Rasulullah amat menyayangi kanak². Sebagai ibu bapa, kita hendaklah memuliakan anak kita, dengan menunaikan hak² mereka serta memberi rangsangan terbaik untuk mereka agar mereka dapat membesar dengan sihat, kuat, cerdas dan bijak.
Walaupun kita tak mampu hantar anak kita ke tadika mahal yang beribu², tapi jangan risau sebab kunci rangsangan adalah kita sendiri. Apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa mereka. Anak yang diasuh dalam suasana penuh kasih sayang akan mengalami pertumbuhan yang sihat. Ramai yang salah anggap antara asuhan kasih sayang dengan memanjakan (spoilt) anak. Mengasuh dengan kasih sayang ialah memastikan anak² kita membesar dalam suasana yang kondusif untuk membantu tumbesaran dan pembelajaran mereka untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Maknanya kita menyediakan fasiliti untuk minda mereka dirangsang dengan baik. Ia bukanlah dengan memberi apa yang mereka nak (sayangla konon kan), tapi mengajar mereka berfikir tentang kehendak dan keperluan, dan sebagainya.

Bila kita selusuri tauladan asuhan yang Rasulullah berikan, baginda amat memanjakan cucu² baginda, namun kanak² tersebut membesar dengan cerdas, malah dalam usia kecil, Hassan dan Hussein dapat memikirkan cara yang sangat kreatif untuk menegur seorang pakcik yang tersalah ambil wuduk. Asuhan yang diberikan oleh datuk mereka dan ibu mereka Fatimah al-Zahra amat efektif hingga menjadikan kanak² sekecil mereka begitu konfiden dan berani untuk menyatakan kebenaran.

Sayangi anak kita, bantu mereka mencorakkan masa depan mereka, insya-Allah bijaklah anak kita.