ahlan_wasahlan


Friday 20 May 2011

Ketahui Bila Anda Boleh dan Tidak Boleh Menyusukan Bayi

1 TERUSKAN penyusuan susu ibu walaupun anda:
• mengalami demam selsema, selsema atau jangkitan bakteria. Apabila anda tidak sihat, tubuh anda menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi menerusi susu. Jika anda berhenti menyusukannya, anda sebenarnya mengurangkan perlindungan bayi!
• sedang mengambil ubat-ubatan, suplemen pemakanan atau sediaan herba. Akan tetapi, semaklah dengan doktor terlebih dahulu.

Ubat-ubatan yang selamat untuk diambil dalam tempoh penyusuan
• Analgesik (seperti parasetamol, ibuprofen, aspirin dan sebagainya)
• Kebanyakan antibiotik
• Antihistamin
• Antasid
• Ubat-ubatan asma
• Ubat-ubatan berasaskan steroid (seperti krim kulit)
• Suplemen pemakanan

2 BERHENTI menyusukan bayi buat sementara waktu jika anda:
• mengalami abses payudara atau penyakit yang serius.
• menjalani pembedahan yang besar atau mengalami jangkitan yang serius.
• mengalami tuberkulosis – tunggu sehingga doktor mengesahkan anda tidak lagi berjangkit.
• mempunyai lesi herpes yang aktif pada payudara.

3 JANGAN menyusukan bayi jika anda:
• mempunyai hepatitis C.
• positif HIV.
• sedang mengambil ubat anti-barah.
• sedang mengambil ubat-ubatan radioaktif (seperti iodin)

sumber : nutrition society of Malaysia 

No comments:

Post a Comment