ahlan_wasahlan


Friday 20 May 2011

Adakah Bayi Menyusu & Membesar Dengan Baik? Cara Mudah untuk Mengikuti Tumbesaran Bayi

Anda mungkin ingin tahu sama ada bayi anda mendapat susu yang mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan yang optimum. Perasaan sebegini memanglah lumrah terutamanya jika anda tidak boleh menyukat berapa banyak susu yang diminum oleh bayi pada setiap kali penyusuan.
  
1 orak penyusuan
• Bayi sepatutnya berasa puas selama 1 hingga 2 jam di antara waktu menyusu.

2 Lampin basah
• Dalam sehari terdapat 6 hingga 8 lampin bayi yang benar-benar basah dengan air kencing berwarna kuning pucat.
• Bayi sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari, sekali selepas menyusu pada beberapa minggu pertama. Dalam 4 minggu pertama, bay sepatutnya membuang air besar 2 hingga 5 kali dengan najis yang lembut berwarna kekuningan.

3 Corak tidur
• Bayi tidur lena dan nampak sihat dan cerdas sewaktu berjaga.

4 Tumbesaran
• Setiap bayi membesar mengikut kadarnya sendiri. Sebagai panduan, berat badan bayi akan meningkat sekali ganda daripada berat lahir apabila berusia 5 bulan. Menjelang 12 bulan, berat badannya harus meningkat tiga kali ganda daripada berat lahir dan panjangnya 11/2 kali ganda daripada panjang lahir.

5 Diari penyusuan bayi
• Meskipun bayi tidak memerlukan jadual penyusuan, Diari Penyusuan Bayi mungkin dapat membantu jika anda mementingkan bagaimana bayi menyusu. Catatkan masa setiap kali bayi menyusu, berapa lama dia menyusu pada setiap payudara dan tandakan pada ruang ketiga setiap kali anda menukar lampinnya yang basah atau kotor. Mulakan dengan jadual yang baru pada setiap hari.

sumber : nutrition society of Malaysia 

No comments:

Post a Comment