ahlan_wasahlan


Thursday 16 June 2011

Botol susu BPA @ free BPA..adakah anda prihatin?

Sebenarnya isu botol susu bpa & free bpa dah lama..tp sy rasa terpanggil untuk berkongsi info tentang botol susu bpa ni kerana sy lihat ramai lg ibu2 yg masih menggunakan botol bpa untuk anak2 mereka. Adakah mereka kekurangan info? @ baca sambil lalu aje? @ mahal sgtla botol free bpa? @ abg2 & kakak2 dia pakai xde jd pape pun..mcm2 lgla alasan ibubapa..bg sy mereka kurang prihatin, sebab apa? Contohnya..kalau bab pakaian mesti ibu2 akan beli yg mahal & berjenama..tp botol? Bukankah pemakanan yg elok lebih penting untuk anak2 kita? Pakaian hanya disarungkan ke badan, tetapi botol susu adalah sebagai ‘alat saluran’ untuk kita berikan susu kepada anak2 kita..minuman yg akan dihadam oleh anak2 kita. Seolah2 sesetengah ibu sengaja mendedahkan anak mereka kepada BPA iaitu gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh.

Seperti yg kita ketahui, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat mulai 1 Mac 2012..maknanya kita ada kurang setahun untuk mengambil keputusan tidak menggunakan botol susu bpa. Petikan daripada artikel Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia “Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yg menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yg mengandungi bpa adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.”..”dalam tempoh satu tahun ini, jika pengguna masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA.”

Sudahkah ibu2 mengenalpasti botol susu BPA? Botol susu BPA bersifat keras & lutsinar serta boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yg biasa didapati di bawah botol susu seperti dibawah


Jika ibu2 masih menggunakan botol bpa perlu mengetahui cara pengendaliannya seperti:
1.   - Steril botol susu BPA mengikut arahan pengendalian pada label @ yg diberikan koleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu BPA dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2.   - Elakkan menggunakan air panas untuk membancuh susu secara terus dalam botol susu BPA. Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain & kemudian dibiarkan sejuk sedikit (suam) sebelum diisi ke dalam botol susu BPA.
3.  - Guna peralatan mencuci botol yg sesuai seperti span & berus yg lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak & bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Sebahagian petikan daripada Aram Ngetu blogspot.com:
Gambar di atas menunjukkan botol susu plastik merek Avent Philips yang terdiri dari 3 jenis material plastik yang berbeda. Kita urut dari sebelah kiri:

 
  1. Terbuat dari Polycarbonate (PC), kode plastik 7 (other), ciri fizik bening dan plastik terlihat kukuh/kuat
  2. Terbuat dari Polyethersulfone (PES), kode plastik 7 (other), ciri fizik bening kekuningan mirip warna madu dan terlihat kukuh
  3. Terbuat dari Polypropylene (PP), kode plastik 5, ciri fisik putih keruh dan terlihat lentur.
Sebenarnya masih ada lagi botol plastik bermaterial Polyphenylsulfone (PPSU) merupakan pengembangan dari bahan PES.
Mari kita bedah satu per satu.

Polycarbonate

PC terbuat dari Bisphenol (BPA) yang mempunyai karakteristik tahan benturan dan tahan panas. Titik leleh 267 °C. Material ini yang paling banyak di pasaran dan harganya paling murah. Kisaran harga botol PC dari berbagai merek mulai dari RM2.00 lebih RM20.00. Bahan PC mulai mengalami kontroversi disebabkan berdasarkan penelitian terakhir bahawa BPA mampu menghasilkan pelbagai jenis penyakit seperti kanser dll.

Polypropylene

Semenjak isu BPA bahan PP menjadi alternatif dari botol susu bayi. Sebahagian besar botol BPA-Free di pasaran menggunakan bahan ini. Bahan ini mempunyai titik leleh 130–171 °C. Kekurangan dari material ini adalah mudah menguning jika dipanaskan dan kurang tahan terhadap goresan. Oleh karana itu perlakuannya harus lebih berhati-hati. Harga anggaran antara RM8.00-RM20.00 

Polysulfone

PES merupakan bahan plastik yang terkenal akan daya tahan terhadap panas dan ketahanan goresan hampir sama dengan bahan PC. Namum bahan PES ini BPA-Free sehingga termasuk alternatif sebagai botol susu bayi. Ciri khas lainnya adalah botol ini bewarna kekuningan seperti madu. Kekurangannya adalah material ini relatif mahal, harga lingkungan antara RM30.00-RM60.00  

Polyphenylsulfone

Adalah jenis plastik yang tahan terhadap panas dan kimia. Hampir boleh dikatakan tidak mempunyai titik leleh. Biasa dipakai di peralatan aerospace dan otomotif. Selain itu mempunyai ketahanan tekanan yang sangat tinggi. Harganya pun sangat mahal, harganya antara RM60.00-RM80.00. Plastik ini juga BPA-Free  

Semoga info ini dapat memberi pendedahan dan kebaikan kepada ibu2 dalam memberikan yg terbaik buat anak2 kita.

Antara contoh botol free BPA

 











No comments:

Post a Comment