ahlan_wasahlan


Saturday 11 June 2011

Cara Elak Gigitan Bayi Ketika Menyusu

Alihkan bayi
Alihkan bayi daripada payu dara secara perlahan2..nyatakan perasaan akibat perbuatan bayi anda "sayang, jgn gigit ibu" atau "ibu sakit" dengan cara berhemah & lemah lembut walaupun ketika itu anda mempunyai rasa marah kerana sakit. Untuk seketika biarkan bayi baring sendirian sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini anda dpt mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu

Tekapkan muka
ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah payu dara. Secara x langsung bayi akan merasa sesak nafas & mendorong bayi menghentikan gigitan supaya dpt bernafas semula

Ketahui punca
Kenalpasti punca bayi menggigit, contohnya ia berlaku disebabkan perasaan kecewa bayi akibat tidak berjaya memperolehi susu seperti yang diingininya. Jika itu menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh tekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu

Amati corak penyusuan
Di akhir sesi penyusuan anda dpt mengelakkan gigitan bayi. Ini dpt dilakukan dengan mengetahui sama ada bayi suka menggigit akibat kenyang ataupun semasa puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda2 menggigit

Posisi selesa
Anda seharusnya memastikan bayi & anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa semasa sesi penyusuan berlangsung

Leraikan dengan jari
Apabila anda merasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulut bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jgn sesekali leraikan sesi penyusuan secara tiba2 tanpa memasukkan jari anda dahulu. Hal ini, boleh menyebabkan puting anda cedera & lebih menyakitkan

Gigit alat lain
Berikan bayi alat lain untuk digigit seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan dalam 'freezer'. Alat bantuan ini bagus kerana dapat membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu untuk menghilangkan gatal gusi

Elak jeritan
Cuba hindari daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah jgn sesekali memukul @ menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi, ia akan menjadi penyebab bayi enggan lagi menyusu

sumber: LAKTASI (majalah PA&MA edisi Jun 2011)

No comments:

Post a Comment